Kadang kadang kita ni terkhilaf (khilaf itu bermaksud keliru; salah menurut kamus seasite) yang kita ni pun ada buat salah. Kita tak nampak salah kita sampai kita rasa kita ni betul. Riak dengan diri sendiri yang dirasakan sempurna. Yang membawa kita kepada mengutuk orang. Atupun judge orang. Haa ni la aku nak cakap ni.
Mengutuk;
Mmg tak lari lah dari mulut mulut manusia. Kadang kita tanpa sengaja terkutuk orang. Ataupun sengaja. Haa tu lagi la en. Biasa lah manusia, tak sah tak buat dosa sehari. Kita ni insan yang lemah. Tak sempurna. Iman kita sekejap naik sekejap turun. Ada hari kita rasa kita ni alim sangat. Kita rasa taknak buat dosa pun. Ada hari iman kita selemah lemahnya. Asyik buat dosa je.
Dah la kutuk, lepastu benda yang tak betul pulak tu. Free free je kita bagi pahala dekat orang tu. Awak dah banyak pahala ke? Cuba la kita fikir kita pulak yang kena kutuk. Sakit hati kan. Sebelum kita kutuk orang, kita muhasabah diri dulu. Aku ni cukup sempurna ke nak kutuk orang? Betul ke apa aku buat ni? Siasat dulu benda tu betul ke tidak. Kalau tak tahu, diam je. Takpayah bukak aib orang. Kerana diam tu lebih baik.
Haa kan. Betul tak? Betuul.
Habis kutuk tu, bila dah tersedar kita buat dosa tu, cepat cepat la kita beristighfar byk byk. Buang balik titik titik hitam dekat hati tu. Minta maaf dekat Allah. Ya Allah, aku minta maaf aku terkhilaf sekejap tadi. Kalau kau berani, minta maaf dekat orang yang kau terngumpat tu. Kalau tak berani, yela kita istighfar jela. InsyaAllah Allah ampunkan dosa kita. Amin.
Orang yang tahu dia dikutuk tu pun, jangan la kutuk balik. Kau mcm bagi balik pahala yang dia bagi je. Sebaliknya, sebutlah Alhamdulillah kerana dapat pahala free huhu. Dan maafkan lah orang tu. Dia tak sengaja tu.
Dengan ni, aku nak minta maaf dekat orang yang aku pernah terkutuk tu. Ngeh. Aku jenis yang mmg pemalu nak mintak maaf. so dekat sini pun boleh. Hehe.
Love,
sofea.
No comments:
Post a Comment