Uitm shah alam?

Hii. Aku nak cerita pasal life aku dekat sini. First of all, aku belajar di uitm shah alam ambik course science computer. Kenapa science computer? Sbb aku minat? Pure science computer? Ye, pure science computer. Kau memang mintak ke? Ye aku mmg mintak first choice. Dan alhamdulillah, aku okay setakat ni. Dah minggu ke 10 dah aku kat sini. 

Aku nak kata aku culture shock takdela sangat pun. Tapi, uitm shah alam buruk gila!! Yela, aku dimanjakan dari uitm palam, sampai ke dengkil. Palam yang bilik nya besar tu, dengkil dengan kawasan yang cantik dan kecik tu. Dan yang paling penting, toilet dalam rumah sendiri. Dekat sini, uitm lama, so dia masih gunakan sistem dorm. Toilet kat luar. Tapi takpe, aku dah semakin boleh terima. Huhu. Dan kat sini bilik 4 orang. Lagi ramai orang dalam bilik, lagi banyak lah ragam nya kan. Kalau dulu, bilik 2 orang, sorang barang bersepah, aku dah stress. Ni kalau 4 orang? Hm fikir lah sendiri. 

Alhamdulillah, bilik aku dekat dengan semua benda. Dekat dengan ptar (library), fakulty (paling jauh bagi aku), dan dc (tempat makan). Cerita pasal dc, takyah la. Aku memang tak suka. Ceh padahal hari hari pergi jugak. Tapi memang aku tak suka. Kenapa? Satu makanan tak sedap. Dua, tak banyak tempat duduk. Tiga, MAHAL. Empat, TAK SEDAP. tak macam palam ngan dengkil (lagi). Tapi takpelah, bersyukur dengan apa yang ada je. 

Aku dah tak tahu dah nak ckp apa pasal ni. Tu je kot setakat ni. Sekian.

Love,
Sofea

No comments: